Saturday, 7 February 2015

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KHAS TABIKA KEMAS RPT BATU 10 CHEMOR

RPT Batu 10, Chemor – Majlis perasmian dan pembukaan Tabika Kemas RPT Batu 10 Chemor yang telah diadakan dirasmikan oleh YB Hj Mohd Ziad Bin Dato Hj Mohamed Zainal Abidin ADUN Manjoi telah memeriahkan lagi majlis pada petang Sabtu yang lepas dan juga telah dihadiri oleh Pen. Pengarah Kemas bahagian Operasi Hj. Muhammad Bin Hussain. Majlis diserikan dengan berbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna dan cerdik membaca dari kanak-kanak Tabika RPT Batu 10, Chemor.





Tabika ini telah dikelolakan oleh Puan Norhida Bt Zakaria dan mempunyai seramai 26 orang kanak-kanak yang telah mendaftar. Tabika ini diwujudkan atas usaha beliau dan kerjasama dari YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni B Mohamad Hanadzlah Menteri Kewangan Ke-2. Dato Seri telah menyalurkan kewangan kepada bangunan Khas Tabika bagi memudahkan penduduk di sekitar menghantar anak-anak ke Tabika Kemas. Bangunan ini telah dibina bermula dari tahun 2013 dan telah siap dibina pada Desember 2014 dan mula beroperasi pada 5 Januari 2015. Tahniah diucapkan kepada Puan Norhida dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato Seri kerana membantu Kemas dalam melaksanakan dan membina Tabika di RPT Batu 10, Chemor.







Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderhati serta jamuan ringan.



No comments:

Post a Comment