Saturday 22 February 2014

Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi Dan Ibubapa

Dewan Komuniti Meru 2C, 22 Februari - Majlis perjumpaan bersama Pengerusi-pengerusi Tabika Zon Jelapang serta ibubapa telah diadakan bagi memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti Tabika serta program-program sepanjang Tahun Kemas Negeri Perak. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Hj. Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Zainal Abidin Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi.

Majlis ini telah diberi penerangan yang padat dan telah memberi input yang berguna dalam melaksanakan tugas pengerusi serta peranan ibubapa dalam melahirkan sikap bekerjasama dan saling bantu membantu dalam menjayakan program Kemas yang akan dianjurkan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Solehah Binti Jusoh wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Negeri Perak. 

Selain dari itu, majlis diisi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Zon Jelapang bagi memberi sedikit pengisian dalam program yang telah diadakan. Ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu tabika dengan tabika yang lain. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kanak-kanak pertandingan mewarna dan cenderehati kepada penceramah.