Tuesday 30 December 2014

MAJLIS BERTEMU PENGARAH KEMAS NEGERI PERAK

Dewan Meru Ipoh, 30 Dis- Majlis bertemu Pengarah Kemas Neg. Perak telah diadakan bagi mendengar amanat dan tugasan baru sebelum bermula sesi persekolahan bagi Tahun 2015.
Majlis ini juga diadakan adalah bagi memperkenalkan Pen. Pengarah Kemas yang baru iaitu Pn. Shafinas Bt. Ahmad.

Di dalam ucapan beliau, Pengarah Kemas Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj Mohamad Nawawi berkata, beliau meminta semua Pemaju Masyarakat Tambun bekerjasama serta meningkatkan lagi mutu kerja pada tahun baru ini. Beliau juga berharap pemaju-pemaju masyarakat Tambun menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan bekerja tidak mengira waktu bagi setiap tugasan yang diberikan supaya tercapai objektif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna.








UCAPAN PENGARAH KEMAS NEGERI PERAK
TN AHMAD KAMAL IDRIS B HJ MOHAMAD NAWAWI


Selain dari ucapan pengarah, Pn. Shafinas Bt Ahmad Pen. Pengarah Kemas juga telah memberi sepatah dua kata serta meminta pemaju masyarakat supaya dapat bekerjasam dengan beliau dalam apa sahaja urusan. Akhir sekali, disusuli dengan sedikit taklimat berkaitan perhubungan yang telah diberikan oleh En. Hasni b. Yatim Pegawai perhubungan Kemas Neg. Perak. Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dengan sedikit jamuan ringan.




TAKLIMAT PERHUBUNGAN OLEH EN HASNI BIN YATIM
PEGAWAI PERHUBUNGAN NEGERI PERAK


Thursday 20 November 2014

SELAWAT PERDANA BOOK OF RECORDS

Indera Mulia Ipoh, 20 Nov – Selawat Perdana “Books Of Records” Negeri Perak telah diadakan bagi mencipta sejarah kali pertama yang telah dianjurkan oleh KEMAS Negeri Perak atas usaha gigih Pengarah Kemas Tuan Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi dan Anggota Kemas bagi menjayakan program yang berprestij dan membanggakan ini. Seramai 1588 orang kanak-kanak tabika Kemas telah menyertai program ini bagi memecah Book Of Records sekaligus tercatat nama Kemas di dalam Malaysia Book Of Records itu.




 Majlis Selawat beramai-ramai ini telah dirasmikan oleh Datuk Saarani Mohamad Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan kerajaan tempatan. Beliau juga menyatakan bahawa majlis ini bukanlah semata-mata mahu memecah rekod Malaysia namun ingin membuang tanggapan segelintir orang ramai yang menuding jari mengatakan Tabika Kemas hanya mengajar menyanyi dan menari tanpa keseimbangan ilmu duniawi dan modal insan.





Selain itu, program ini diadakan bertujuan menekankan aspek pembangunan modal insan dan pendidikan moral menerusi bacaan selawat dan doa harian dalam kehidupan seharian kita.


Monday 10 November 2014

MAJLIS GRADUASI ZON JELAPANG TAMBUN 2014

River Front Hotel,10 Nov – Majlis Graduasi Kanak-kanak Tabika Kemas Zon Jelapang Tambun 2014 telah diadakan dengan meriah dan telah dirasmikan oleh YB. Hj. Mohd Ziad B. Dato’ Hj. Mohamed Zainal Abidin ADUN Manjoi serta dihadiri oleh Tn Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi Pengarah Kemas Negeri Perak. Majlis ini adalah bagi meraikan kanak-kanak Tabika Kemas yang berumur  6 tahun yang akan tamat persekolahan mereka diperingakt Pra Sekolah.

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB HJ MOHD ZIAD
B DATO' HJ MOHAMED ZAINAL ABIDIN




Majlis ini telah dihadiri seramai 120 orang tetamu bagi memeriahkan lagi Hari Graduasi Kanaka-kanak Tabika Kemas. Berbagai persembahan dan aktiviti telah diadakan seperti Cabutan bertuah dan teka gula-gula. Persembahan pula telah dipersembahkan oleh kanak-kanak yang telah menyertai Hari Potensi Kemas 2014 seperti persembahan Tarian. Nasyid dan Kompang. Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian “ Terima Kasih guru”dan tamat pada jam 1.00 tengahari.


Tuesday 21 October 2014

PROGRAM KOSPEN GAYA HIDUP SIHAT




Klebang Selatan, 21 Oktober – Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), salah satu program bagi membantu penduduk di luar bandar untuk mengetahui tentang kesihatan dan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dan cara pemakanan yang betul. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang budaya dan amalan yang positif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, program kesedaran ini telah diadakan di setiap kampung termasuklah di Klebang selatan yang telah dihadirin oleh masyarakat di sekitar kawasan berkenaan. Program ini telah dilaksanaka oleh KEMAS Dun Manjoi dan kerjasama KKM Chemor.


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA


Sehubungan dengan itu, berbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menarik minat penduduk untuk turun bersama-sama memeriahkan lagi program seperti Senamobik, cabutan bertuah dan pemeriksaan percuma kesihatan dari Klinik Kesihatan.





























SENAMROBIK

PENYAMPAIAN CENDEREHATI KEPADA KETUA KAMPUNG


Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua-ketua Kampung di setiap kampung di Manjoi dan telah dihadiri seramai 80 orang penduduk di sekitarnya. Program ini diakhiri dengan jamuan ringan dan berkahir jam 12.00 tengahari.










Thursday 11 September 2014

Hari Sukan Kanak-Kanak Tabika Kemas Zon Jelapang

Padang Taman Jati,  11 September – Tabika Kemas zon Jelapang telah mengadakan Hari Sukan Tahunan 2014 yang melibatkan sebanyak 9 tabika kemas yang menyertai. Seramai 138 kanak-kanak telah menyertai pelbagai acara yang telah disediakan oleh guru di setiap tabika masing-masing. Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan perasmian yang dirasmikan oleh En.Zafuan b Zulkifli Pegawai Khas Dun Manjoi.

Sukan tahunan Tabika diadakan adalah bertujuan memberikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak tentang pentingnya sukan dalam amalan seharian bagi mewujudkan gaya hidup sihat dikalangan kanak-kanak di sekolah. Selain itu juga, dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama guru dan ibubapa dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah.

Kemeriahan sukan juga diserikan dengan  acara ibubapa seperti permainan belalai gajah dan simpulan kasih. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan jamuan ringan. Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.




Sunday 31 August 2014

HARI KEMERDEKAAN PARLIMEN TAMBUN

TAMBUN, 31 OGOS – “Disini Lahirnya Sebuah Cinta” itulah Slogan dan Tema Hari Kemerdekaan ke- 57 bagi tahun ini. Tabika Kemas Parlimen Tambun telah meraikannya dengan penuh kemeriahan dengan kehadiran kanak-kanak dan ibubapa bagi menyemarakkan lagi sambutan Kemerdekaan yang Ke- 57 ini.





 Berbagai aktiviti telah diadakan seperti Nyanyian lagu Kemerdekaan dan lagu tema pada tahun iaitu nyanyian lagu Disini lahirnya sebuah cinta. Selain itu, aktiviti seperti berarak membawa jalur gemilang mengelilingi Taman, Pertandingan mewarna dan bermacam lagi.



Program ini juga, bertujuan mengeratkan lagi hubungan akrab dan baik antara guru-guru, ahli jawatankuasa Tabika serta ibubapa dan kanak-kanak. Sekaligus mewujudkan kerjasama dan saling tolong menolong dalam sesuatu aktiviti yang diadakan di tabika sepanjang tahun.  












Thursday 19 June 2014

HARI BERTEMU IBUBAPA PARLIMEN TAMBUN


Thursday,19 Jun 2014

 TAMBUN, 19 JUN-  Tabika kemas parlimen Tambun telah mengadakan Hari Bertemu Ibubapa bagi membincangkan permasalahan dan prestasi kanak-kanak di tabika. Program ini diadakan bagi mengeratkan perhubungan antara guru dan ibubapa serta dapat berkongsi maklumat dan prestasi kanak-kanak di Tabika. Program ini juga pada masa yang sama para ibubapa dapat mengetahui setiap aktiviti yang telah dijalankan di 
Tabika sepanjang PNP berjalan.


Seramai 85 Tabika di Tambun telah mengadakan program ini serentak dan program ini telah mendapat sambutan serta kerjasama daripada ibubapa di tabika masing-masing. Program ini juga, buat pertama kalinya diadakan di parlimen Tambun dan akan kekal sebagai satu program yang akan diadakan setiap tahun kata Penyelia Pra Sekolah Tambun, Pn. Noorfadhilah Bahari.


Perjumpaan berakhir jam 12.00 tengahari selepas tamat waktu persekolahan.


















Sunday 11 May 2014

Bengkel Keibubapaan DUN Manjoi

Klebang Restu, 11 Mei – Satu Bengkel Keibubapaan telah dianjurkan oleh Kemas Parlimen Tambun bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka serta mengeratkan lagi hubungan ibubapa dan guru-guru tabika kemas. Selain dari itu, program ini memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.

Seramai 60 orang ibubapa dari beberapa kawasan di Tambun telah menghadirkan diri bagi mendengar ceramah yang telah disampai oleh 2 orang penceramah iaitu Tn. Hj Husaini dari BTN Perak dan Ustaz Yusuf dari JASA Perak. Masing –masing mereka memberi ceramah berkaitan dengan kesedaran dalam melaksanakan tugas dan peranan sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak dan juga kesedaran terhadap mentaliti ibubapa terhadap kerajaan.

Selain daripada itu juga, penceramah juga memberi serba sedikit intipati tentang kebaikan GST(Goods Service Tags). Ini kerana, sesetengah ibubapa kurang pedekatan dan memahami ‘Apakah itu GST’. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari dan disusuli dengan jamuan ringan.





Wednesday 30 April 2014

Hari Potensi Parlimen Tambun

Dewan Meru Jelapang, 30 April – Hari Potensi kanak-kanak peringkat Parlimen Tambun telah diadakan bagi memilih kanak-kanak yang berpotensi dalam pelbagai bidang seni dan kreatif untuk dipilih untuk ke peringkat Daerah. Acara-acara berkumpulan yang telah di pertandingkan seperti tarian, nasyid, kompang  dan reka cipta. Bagi acara individu pula seperti bercerita, berpidato, story telling dan tilawah.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam menunjukkan bakat yang terpendam serta mengajar kanak-kanak supaya lebih yakin dalam mempersembahkan sesuatu persembahan. Pertandingan telah diadili oleh 3 orang juri yang berpengalaman daripada Jabatan Kebudayaan Negeri Perak. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.






Saturday 26 April 2014

Karnival Jom Sihat & Senamrobik Zon Jelapang

MERU PERMAI TAMBUN, 26 April – Persatuan penduduk Halaman Meru Permai serta KEMAS Zon Jelapang Perak dengan kerjasama Bank Rakyat dan beberapa Jabatan Kerajaan yang dijemput telah mengadakan program Karnival Jom Sihat & Senamrobik bagi memupuk hidup sihat di kalangan penduduk Bandar Meru Raya disamping merapatkan ukhwah sesama insan serta memberi pendidikan dan pengetahuan kepada komuniti penduduk Bandar Meru Raya.

Seramai 150 orang penduduk di sekitar Bandar Meru Raya telah memeriahkan lagi karnival ini dengan menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah dianjurkan. Karnival ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kedatangan Dato Sri Husni Hanadzlah sebagai perasmi Karnival Jom sihat ini.

Aktiviti-aktiviti yang telah disediakan bagi memeriahkan karnival adalah seperti pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak tabika Kemas parlimen Tambun, pertandingan memasak dan gubahan hantaran. Selain dari itu, Jabatan kerajaan yang terlibat juga telah mengadakan pertunjukan demonstrasi memadam api oleh Jabatan bomba, pemeriksaan kesihatan gigi dan mata oleh Jabatan Kesihatan dan pertolongan cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam. Majlis penutupan Karnival Jom Sihat telah disudahi dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.





Saturday 22 February 2014

Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi Dan Ibubapa

Dewan Komuniti Meru 2C, 22 Februari - Majlis perjumpaan bersama Pengerusi-pengerusi Tabika Zon Jelapang serta ibubapa telah diadakan bagi memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti Tabika serta program-program sepanjang Tahun Kemas Negeri Perak. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Hj. Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Zainal Abidin Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi.

Majlis ini telah diberi penerangan yang padat dan telah memberi input yang berguna dalam melaksanakan tugas pengerusi serta peranan ibubapa dalam melahirkan sikap bekerjasama dan saling bantu membantu dalam menjayakan program Kemas yang akan dianjurkan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Solehah Binti Jusoh wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Negeri Perak. 

Selain dari itu, majlis diisi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Zon Jelapang bagi memberi sedikit pengisian dalam program yang telah diadakan. Ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu tabika dengan tabika yang lain. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kanak-kanak pertandingan mewarna dan cenderehati kepada penceramah.