Thursday 11 September 2014

Hari Sukan Kanak-Kanak Tabika Kemas Zon Jelapang

Padang Taman Jati,  11 September – Tabika Kemas zon Jelapang telah mengadakan Hari Sukan Tahunan 2014 yang melibatkan sebanyak 9 tabika kemas yang menyertai. Seramai 138 kanak-kanak telah menyertai pelbagai acara yang telah disediakan oleh guru di setiap tabika masing-masing. Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan perasmian yang dirasmikan oleh En.Zafuan b Zulkifli Pegawai Khas Dun Manjoi.

Sukan tahunan Tabika diadakan adalah bertujuan memberikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak tentang pentingnya sukan dalam amalan seharian bagi mewujudkan gaya hidup sihat dikalangan kanak-kanak di sekolah. Selain itu juga, dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama guru dan ibubapa dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah.

Kemeriahan sukan juga diserikan dengan  acara ibubapa seperti permainan belalai gajah dan simpulan kasih. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan jamuan ringan. Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.