Monday 23 November 2015

BENGKEL BAHASA INGGERIS

Tengku Hussien, Manjoi - Pepatah melayu pernah berkata menimba ilmu biarlah hingga ke negara china. Bengkel Bahasa Inggeris telah diadakan bagi menambahkan ilmu dalam PNP dan cara yang betul untuk guru-guru mengajar kanak-kanak di dalam bahasa kedua Negara iaitu Bahasa Inggeris.



Bengkel diadakan pada 23 Nov & 24 Nov selama 2 jam di tabika Kemas Tengku Hussien Manjoi yang disertai semua guru tabika Tambun. Bengkel telah diketuai dan di ajar oleh Fasilitator Bahasa Inggeris Tambun iaitu Puan Mariatul Khabtiah, Zihan dan juga Farah Afizah yang telah menghadiri kursus Bahasa Inggeris yang lalu.

mempersembahkan cara bercerita dalam bahasa inggeris ketika circle time


Didalam bengkel, fasi menekankan cara guru-guru berkomunikasi bersama kanak-kanak di dalam bahasa Inggeris ketika di dalam waktu Circle Time diawal pagi. Guru juga perlu banyak berkomunikasi bahasa Inggeris mudah dan ringkas setiap hari supaya kanak-kanak paham dan mengingati perkataan yang diajar dan sebut. Bengkel berakhir jam 11.30 pagi.






Wednesday 18 November 2015

MAJLIS AKHIR TAHUN TABIKA ZON JELAPANG

Marybrown, Mydin Meru - Menjadi kebiasan setiap akhir tahun guru-guru mengadakan majlis Akhir Tahun Tabika bagi meraikan kanak-kanak yang telah bertungkus lumus belajar dan menimba ilmu di sekolah. Mereka diberikan hadiah atas penghargaan kepada kanak-kanak yang telah menunjukkan prestasi pelajaran yang semakin hari semakin membangakan.




Tabika Kemas Taman Meru 2C telah mengadakan majlis akhir tahun mereka di Marrybrown ipoh yang dikendalikan oleh organisasi Marrybrown dengan mengadakan acara dan permainan yang mereka telah aturkan. Selain itu, kanak-kanak diajak menari bersama CHIPMUNK maskot Marybrown. Tabika juga tidak melupakan ibubapa yang telah banyak memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti uang dilaksanakan di tabika mahupun anjuran Kemas sendiri.


Oleh itu, pihak Tabika juga menyediakan hadiah kepada kanak-kanak cemerlang serta cenderhati kenang-kanangan kepada Ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Taman Meru 2C bagi tahun 2015. Terima kasih dan tahniah warga tabika Kemas Taman Meru 2C.




Thursday 15 October 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PAPAJOHN

AEON Station 18, Pengkalan - Lawatan sambil belajar Zon Jeapang telah diadakan di Restoran PAPAJOHN untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak tabika dalam bidang perniagaan dan juga pekerjaan sebagai seorang Chef. Seramai 75 orang kanak-kanak dari Tabika Zon Jelapang iatu dari Tabika Kemas Taman Meru 2C,Taman Jati, Halaman Meru Damai, Meru Jaya dan Taman Meru 3C.







Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengalaman awal kepada kanak-kanak dalam menguruskan sesuatu bidang dan pekerjaan yang bakal mereka lalui pada suatu hari nanti apabila mereka besar kelak. Lawatan ini juga dapat memberi manfaat yang bagus dalam pembelajaran cara bagaimana membuat PIZZA mengikut urutan dan cara yang betul. Program telah dikasanakan oleh parapekerja di PAPAJOHN dan mereka memberi kerjasama yang amat baik dalam melayan kanak-kanak yang hadir.


barisan guru-guru dan tenaga pengajar PAPA JOHN'S

Selepas tamat seisi membuat PIZZA kanak-kanak dibawa ke KIDZONE iaitu tempat kanak-kanak menujukkan bakat masing-masing dalam mengendalikan diri serta belajar sambil bermain. Rombongan bertolak balik pada jam 3 petang.


kidzone Station 18

Thursday 1 October 2015

BOWLING TOURNAMENT PARLIMEN TAMBUN HAVOC

Ole-Ole Superbowl, Mydin Meru - Rutin tahunan Kemas Parlimen Tambun adalah mengadakan tournament bowling kepada semua Pemaju Masyarakat Tabika bagi melengkapi bengkel yang diadakan setiap bulan sebanyak 2 Kali. Program ini dijadikan sebagai acara tahunan bagi kemas Parlimen Tambun yang dianjurkan oleh Biro Sukan Tambun.

BARISAN PEMAIN-PEMAIN BOWLING

Program ini telah disertai seramai 7 orang dari setiap zon di Parlimen Tambun seperti Zon Jelapang, Chemor, Manjoi, Klebang,Tambun, Perpaduan dan Tanjung Rambutan dan kumpulan jemputan dari Pejabat Kemas Tambun. Majlis telah dirasmikan oleh Penyelia Kanan Tambun iaitu Pn. Hjh Normawati Bt. Omar.

TOURNAMENT SEDANG BERLANGSUNG 
Di Akhir program diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai tournament bowling yang disampaikan oleh Pn. Hjh Normawati dan PPS iaitu puan Salmi Saedan. Majlis berakhir jam 6 petang. Tahniah diucapkan kepada Champion berturut-turut iaitu dari Zon Chemor.


JOHAN TOURNAMENT BOWLING ZON CHEMOR



Saturday 19 September 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN KHAS TABIKA KEMAS KLEBANG RESTU

Klebang Restu,Klebang – Majlis penyerahan bangunan Tabika Kemas Klebang Restu yang telah di sempurnakan oleh General Asia pacific Tentera Amerika dan Jeneral Zulkifli dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 19 September 2015 . Majlis juga dihadiri oleh Tuan Pengarah Kemas Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi.


Keistimewaan bangunan ini adalah telah disiapkan dalam masa hanya 30 hari dan telah dikolaborasikan oleh dua gabungan hebat angkatan tentera iaitu antara Tentera Amerika dan juga Tentera Malaysia. Program ini diberi nama ‘Engineer Civic Action Programme’iaitu salah satu program membina bangunan khas untuk keperluan kanak-kanak tabika untuk menimba ilmu dan Program ini adalah yang ke 19/2015.

PENGARAH bergambar bersama Tentera ATM & Tentera USA

Tabika Kemas Tambun amat berbangga kerana terpilih sebagai kawasan pembinaan bangunan khas tabika bagi menampung kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun untuk belajar dari peringkat awal lagi. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Amerika diatas pembinaan bangunan tabika ini dengan jayanya.





Monday 31 August 2015

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-58 PARLIMEN TAMBUN



31 Ogos, Tambun - Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!itulah laungan keramat selama 58 tahun kemerdekaan Negara kita iaitu Malaysia. Dengan slogan baru #SEHATISEJIWA menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia. #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana kita berada.


Kemas Parlimen Tambun juga tidak lupa untuk menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 58 ini. Pelbagai ragam, tema dan acara telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dan penduduk setempat. Sambutan kemerdekaan ini diadakan di setiap Zon di Tambun seperti Zon Jelapang, Manjoi,Klebang, Chemor,Perpaduan, Chepor,Tg Rambutan dan Tambun. selain daripada sambutan Kemerdekaan, setiap Zon juga telah mengadakan sukaneka Tahunan bagi memeriahkan lagi sambutan ini. 



Para penyelia juga tidak lupa untuk memantau dan memeriahkan lagi sambutan di setiap zon yang terlibat. Terima Kasih diucapkan dan TAHNIAH diucapkan kepada penyelia dan Guru-guru Parlimen Tambun.



Sunday 5 July 2015

TADARUS AL QURAN

5 Julai, Bandar Baru Putra - Majlis Tadarus Al- Quran telah diadakan di Masjid Bandar Baru untuk memenuhi Ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Beberapa orang guru dan penyelia secara tidak langsung telah mengikuti program tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh ADUN Ulu Kinta YB Datuk Haji Aminuddin Bin Md Hanafiah sebagai Majlis Perasmian penutup Tadarus al-Quran.



Pihak Kemas Tambun mengucapkan syabas dan Tahniah kepada penyelia dan guru yang terlibat kerana dapat bersama-sama penduduk di sekitar Bandar Baru Putra mengimarahkan Majlis yang penuh makna dan barakah ini. diharap pada masa yang akan datang, dapat berkumpul dan mengadakan lagi majlis yang mulia ini.






Penyelia & Guru-guru Kemas Tambun

Friday 3 July 2015

PEMANTAUAN BERSILANG PARLIMEN TAMBUN

Tambun, 3 Julai - Pemantauan bersilang dari Parlimen Manjung telah membuat lawatan ke 10 buah  tabika di sekitar Ulu Kinta da Manjoi. Tabika - tabika yang terlibat adalah Tabika Kemas Taman Meru 2C, Tabika Ulu Chepor Tambahan, Tabika PGA dan beberapa buah lagi tabika yang terlibat.



Pemantauan ini melibatkan pemeriksaan kawasan persekitaran tabika, MENU tabika, RAH, Kewangan dan sebagainya.









Tuesday 30 June 2015

BENGKEL JKPP & TAKLIMAT PERKESO

Batu 5 Tambun, 30 Jun- Taklimat PERKESO 'Pertubuhan Keselamatan Sosial' telah diadakan bagi memberi penerangan dan taklimat lebih lanjut dan mendalam tentang kepentingan dan kebaikan yang terdapat dalam Syarikat PERKESO. Apa yang ITU PERKESO?

 Bertindak sebagai skim insurans sosial yang ditadbir oleh Kerajaan Malaysia bagi menyediakan
 bantuan kewangan kepada para pekerja-pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian-
 kejadian luar jangkaan yang mengakibatkan kematian atau hilang keupayaan, atau penderitaan
 berkesan daripada penyakit.

Disampaikan oleh Pegawai Excutive PERKESO


Setelah selesai taklimat, majlis diteruskan dengan Bengkel JKPP kali KE-3 Parlimen Tambun yang diketuai oleh Pn Normawati Bt Omar Penyelia Kanan Kemas Tambun. Di dalam bengkel, beliau menyampaikan salam dan ucapan Tahniah daripada Tuan Pengarah kepada warga Tambun yang telah berjaya meraih Juara keseluruhan Hari Potensi Peringkat Negeri Perak.




Selain dari itu, sedikit taklimat berkaitan aset dan program-program yang akan dilaksanakan pada masa yang akan datang. Bengkel tamat pada jam 5.00 petang.



Thursday 25 June 2015

Bercham Raya, 25 Jun - Di bulan Ramadan bulan yang Mulia, sebagai umat islam kita menunaikan ibadah puasa pada setiap tahun bagi memenuhi Rukun Islam yang ke-4. Berbagai bentuk amalan dan aktiviti dapat dilaksanakan bagi menambah pahala seseorang dari berpuasa menahan lapar dan dahaga. Umat islam boleh mengadakan tadarus Al-Quran,solat sunat, berzikir dan tidak lupa juga mengadakan majlis mengacau bubur lambuk.



Dengan itu, Tabika Kemas Taman Bercham Raya mengimarahkan bulan Ramadhan  bulan penuh dengan barakah dan pahala ini dengan mengadakan Program mengacau bubur lambuk bersama guru PKK Puan Nahzatul Azian serta guru-guru Tabika bersama-sama kanak-kanak tabika tersebut.




Majlis mengacau bubur Lambuk adalah tradisi turun temurun diadakan pada setiap tahun pada bulan Ramadan. tujuannya adalah untuk mengajar kita bersedekah kepada umat islam serta bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu majlis yang dituntut dalam islam.





TAHNIAH TABIKA KEMAS TAMAN BERCHAM RAYA!!!



Saturday 4 April 2015

PELANCARAN GOTONG ROYONG PERDANA 3K

Tambun, 4 April – Pelancaran program 3K (Kebersihan,Keceriaan & Keselamatan) & Gotong Perdana telah berlangsung di seluruh Tabika Kemas Parlimen Tambun. Program telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa dan AJK yang hadir.


Bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari setiap tabika telah bekerjasama dengan ibubapa dan AJK menjalankan gotong royong Tabika seperti menanam pokok jejarum dan pelbagai jenis bunga, mengecat dan membersih kawasan.



Ibubapa juga tidak ketinggalan membawa berbagai jenis juadah untuk bersama-sama menjamu selera setelah penat bergotong-royong. Pihak Tabika Kemas Parlimen Tambun mengucapkan berbanyak – banyak terima kasih dan Tahniah kepada pemaju masyarakat dan ibubapa yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan program Gotong royong Perdana ini.





Saturday 14 March 2015

MAJLIS PENERANGAN ZON JELAPANG

Dewan Meru Point, 14 Mac – Majlis Penerangan Zon Jelapang 2015 yang telah dirasmikan oleh YB Hj. Mohamad Ziad B. Dato Hj. Zainal Abidin, YB dun Manjoi. Majlis dihadiri seramai 80 orang ibubapa dan kanak-kanak Tabika Kemas Zon Jelapang. Taklimat Penerangan pula diberikan oleh Pn. Hjh Normawati Bin Omar MT Penyelia Kanan Tambun.

Ucapan perasmian Oleh YB Dun Manjoi






Majlis juga diserikan lagi dengan Pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika bagi memeriahkan lagi majlis yang telah diadakan. Ibu bapa yang hadir juga telah memberikan kerjasama yang baik dalam penerangan yang telah diadakan. Majlis diakhiri dengan jamuan dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Barisan guru-guru Zon Jelapang

pertandingan Mewarna Kanak-Kanak









Thursday 12 March 2015

MESYUARAT JKPP TAMBUN DAN SANTAI BERSAMA PENGARAH PERAK

Dewan Terbuka Kg. Ulu Chepor, 12 Mac 2015 – Jamuan Makan tengari dan Mesyuarat JKPP Parlimen Tambun diadakan secara santai dan meriah dengan berbagai jenis lauk pauk kampung yang telah disediakan oleh PM Tambun  bagi mengimarahkan lagi Mesyuarat JKPP.  


ucapan alu-aluan Tuan Pengarah Kemas Perak



Bergambar bersama Pengarah Kemas Perak


Majlis juga dihadiri Pengarah Kemas Tn. Ahmad Kamal Idris Bin Hj. Mohamad Nawawi bagi menjamu selera dan memberi sedikit ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan terima kasih dan syabas diatas majlis yang telah dianjurkan ini dan menjemput beliau makan tengahari bersama. Majlis diteruskan dengan mesyuarat JKPP dan berakhir pada jam 3.30 petang.


Juadah Makan Tengahari


Mesyuarat JKPP diketui oleh Pn. Hjh Normawati Bt Omar













Saturday 7 March 2015

MAKSAK 2015


Kg. Ulu Chepor,7 Mac – Program turun padang ‘Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan(MAKSAK) telah diadakan di perkarangan kawasan perkelahan Kg. Ulu Chepor yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali B Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Majlis telah dihadiri oleh berbagai Agensi Kerajaan seperti Kemas Negeri, Jabatan Pertanian, Bomba, Pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan yang lain.



Terdapat juga berbagai jualan seperti gerai jualan Rendang turun-temurun negeri perak iaitu Rendang Tok Mak Nik. Selain itu, berbagai aktiviti telah diadakan seperti melepaskan ikan di kawasan perkelahan Ulu Chepor, larian 1000 langkah,pertandingan mewarna, demo masakan negeri Perak dan berbagai lagi.  Majlis di akhiri dengan Jamuan makan tengahari hasil gotong royong oleh penduduk Kg. Ulu Chepor.










Saturday 7 February 2015

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KHAS TABIKA KEMAS RPT BATU 10 CHEMOR

RPT Batu 10, Chemor – Majlis perasmian dan pembukaan Tabika Kemas RPT Batu 10 Chemor yang telah diadakan dirasmikan oleh YB Hj Mohd Ziad Bin Dato Hj Mohamed Zainal Abidin ADUN Manjoi telah memeriahkan lagi majlis pada petang Sabtu yang lepas dan juga telah dihadiri oleh Pen. Pengarah Kemas bahagian Operasi Hj. Muhammad Bin Hussain. Majlis diserikan dengan berbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna dan cerdik membaca dari kanak-kanak Tabika RPT Batu 10, Chemor.





Tabika ini telah dikelolakan oleh Puan Norhida Bt Zakaria dan mempunyai seramai 26 orang kanak-kanak yang telah mendaftar. Tabika ini diwujudkan atas usaha beliau dan kerjasama dari YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni B Mohamad Hanadzlah Menteri Kewangan Ke-2. Dato Seri telah menyalurkan kewangan kepada bangunan Khas Tabika bagi memudahkan penduduk di sekitar menghantar anak-anak ke Tabika Kemas. Bangunan ini telah dibina bermula dari tahun 2013 dan telah siap dibina pada Desember 2014 dan mula beroperasi pada 5 Januari 2015. Tahniah diucapkan kepada Puan Norhida dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato Seri kerana membantu Kemas dalam melaksanakan dan membina Tabika di RPT Batu 10, Chemor.







Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderhati serta jamuan ringan.