Thursday 20 November 2014

SELAWAT PERDANA BOOK OF RECORDS

Indera Mulia Ipoh, 20 Nov – Selawat Perdana “Books Of Records” Negeri Perak telah diadakan bagi mencipta sejarah kali pertama yang telah dianjurkan oleh KEMAS Negeri Perak atas usaha gigih Pengarah Kemas Tuan Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi dan Anggota Kemas bagi menjayakan program yang berprestij dan membanggakan ini. Seramai 1588 orang kanak-kanak tabika Kemas telah menyertai program ini bagi memecah Book Of Records sekaligus tercatat nama Kemas di dalam Malaysia Book Of Records itu.




 Majlis Selawat beramai-ramai ini telah dirasmikan oleh Datuk Saarani Mohamad Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan kerajaan tempatan. Beliau juga menyatakan bahawa majlis ini bukanlah semata-mata mahu memecah rekod Malaysia namun ingin membuang tanggapan segelintir orang ramai yang menuding jari mengatakan Tabika Kemas hanya mengajar menyanyi dan menari tanpa keseimbangan ilmu duniawi dan modal insan.





Selain itu, program ini diadakan bertujuan menekankan aspek pembangunan modal insan dan pendidikan moral menerusi bacaan selawat dan doa harian dalam kehidupan seharian kita.


Monday 10 November 2014

MAJLIS GRADUASI ZON JELAPANG TAMBUN 2014

River Front Hotel,10 Nov – Majlis Graduasi Kanak-kanak Tabika Kemas Zon Jelapang Tambun 2014 telah diadakan dengan meriah dan telah dirasmikan oleh YB. Hj. Mohd Ziad B. Dato’ Hj. Mohamed Zainal Abidin ADUN Manjoi serta dihadiri oleh Tn Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi Pengarah Kemas Negeri Perak. Majlis ini adalah bagi meraikan kanak-kanak Tabika Kemas yang berumur  6 tahun yang akan tamat persekolahan mereka diperingakt Pra Sekolah.

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB HJ MOHD ZIAD
B DATO' HJ MOHAMED ZAINAL ABIDIN




Majlis ini telah dihadiri seramai 120 orang tetamu bagi memeriahkan lagi Hari Graduasi Kanaka-kanak Tabika Kemas. Berbagai persembahan dan aktiviti telah diadakan seperti Cabutan bertuah dan teka gula-gula. Persembahan pula telah dipersembahkan oleh kanak-kanak yang telah menyertai Hari Potensi Kemas 2014 seperti persembahan Tarian. Nasyid dan Kompang. Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian “ Terima Kasih guru”dan tamat pada jam 1.00 tengahari.