Tuesday 27 January 2015

MAJLIS PENYERAHAN BAJU SUKARELAWAN KOSPEN 2015

DOR Kg Ulu Chepor- Tahniah kepada Sukarelawan KOSPEN  yang telah dipilih bagi menjadi wakil Kemas dalam melaksanakan Program KOSPEN 2015 di beberapa buah kampung di Tambun dengan kerjasama Klinik Kesihatan Perak. Seramai 40 orang sukarelawan yang akan mewakili Tambun dan 8 Kampung yang akan menjadi tuan rumah dalam melaksanakan program KOSPEN ini.





Majlis telah dirasmikan oleh YB Hj Mohd Ziad Bin Dato Hj Mohamed Zainal Abidin ADUN Manjoi. Beliau berharap program yang bakal dilaksanakan ini bakal mendapat sambutan dan penglibatan anggota Kemas serta kerjasama dari kampung-kampung yang akan terlibat dalam program KOSPEN ini.





Tujuan program ini dilaksanakan adalah bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dari segi fizikal mental dan rohani dalam kehidupan seharian kita serta dapat belajar cara mendisiplinkan diri dalam diet pemakanan yang lebih sihat dan berkualiti.

Majlis telah di akhiri dengan penyampaian cenderhati dan Jamuan ringan








Thursday 15 January 2015

BENGKEL DWI MINGGUAN TABIKA PARLIMEN TAMBUN

Dewan Tengku Hussien,15 Jan – Bengkel Dwi mingguan pertama bagi awal persekolahan telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara baru serta menghantar maklumat kanak-kanak baru seisi 2015. Bengkel diketuai oleh MT Penyelia Kanan Tambun Pn. Hjh Normawati Bt Omar.




Di dalam bengkel yang diadakan Kemas tambun telah mewujudkan satu organisasi baru bagi memudahkan perjalanan sesuatu program yang akan dilaksanakan seperti Unit kebajikan, Unit Bilik Gerakan dan sebagainya. Selain itu, kemas tambun juga mewujudkan “Satu Zon Satu Mentor” bagi memudahkan pemantauan dan gerak kerja PM tabika lebih bersistematik dan lancar.




Selain dari, Kemas Tambun telah memperkenalkan MT Penyelia Pra Sekolah yang baru iaitu Pn Salmi b. Saedan menggantikan Pn. Noorfadhilah Bt bahari yang telah bertukar ke Gopeng. Tahniah diucapkan kepada MT Penyelia Pra Sekolah yang baru.

Friday 2 January 2015

JASAMU DIKENANG GANTIMU TIADA TANDINGAN


Casuarina Hotel, 2 Jan – Majlis perpisahan Puan Noorfadhilah Bt Bahari Mantan Penyelia Pra Sekolah Tambun yang telah bertukar ke Parlimen Gopeng pada 15 Disember 2014 yang lalu.
Ketiadaan beliau di Parlimen Tambun amat terasa oleh pemaju-pemaju masyarakat tabika kerana beliau adalah seorang penyelia yang berhati baik dan sentiasa memahami masalah anak buahnya.

UCAPAN MANTAN PENYELIA PRA SEKOLAH TAMBUN
PN NOOR FADHILAH BT BAHARI


Majlis ini juga telah dihadiri penyelia dan pemaju masyarakat tambun bagi mengenang jasa Pn. Noorfadhilah sepanjang perkhidmatan beliau di parlimen Tambun selama 13 tahun dari tahun 2003 hinggalah 2014. Beliau juga, telah melaksanakan berbagai-bagai tugas dengan tegas dan efisian sepanjang beliau di sini.

CENDERAHATI DARI PENYELIA TAMBUN

Majlis diserikan juga dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada beliau bagi mengenang jasa dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada guru-guru Tabika parlimen Tambun.


CENDERHATI DARI PM TABIKA TAMBUN