Thursday 15 January 2015

BENGKEL DWI MINGGUAN TABIKA PARLIMEN TAMBUN

Dewan Tengku Hussien,15 Jan – Bengkel Dwi mingguan pertama bagi awal persekolahan telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara baru serta menghantar maklumat kanak-kanak baru seisi 2015. Bengkel diketuai oleh MT Penyelia Kanan Tambun Pn. Hjh Normawati Bt Omar.




Di dalam bengkel yang diadakan Kemas tambun telah mewujudkan satu organisasi baru bagi memudahkan perjalanan sesuatu program yang akan dilaksanakan seperti Unit kebajikan, Unit Bilik Gerakan dan sebagainya. Selain itu, kemas tambun juga mewujudkan “Satu Zon Satu Mentor” bagi memudahkan pemantauan dan gerak kerja PM tabika lebih bersistematik dan lancar.




Selain dari, Kemas Tambun telah memperkenalkan MT Penyelia Pra Sekolah yang baru iaitu Pn Salmi b. Saedan menggantikan Pn. Noorfadhilah Bt bahari yang telah bertukar ke Gopeng. Tahniah diucapkan kepada MT Penyelia Pra Sekolah yang baru.

No comments:

Post a Comment