Friday 2 January 2015

JASAMU DIKENANG GANTIMU TIADA TANDINGAN


Casuarina Hotel, 2 Jan – Majlis perpisahan Puan Noorfadhilah Bt Bahari Mantan Penyelia Pra Sekolah Tambun yang telah bertukar ke Parlimen Gopeng pada 15 Disember 2014 yang lalu.
Ketiadaan beliau di Parlimen Tambun amat terasa oleh pemaju-pemaju masyarakat tabika kerana beliau adalah seorang penyelia yang berhati baik dan sentiasa memahami masalah anak buahnya.

UCAPAN MANTAN PENYELIA PRA SEKOLAH TAMBUN
PN NOOR FADHILAH BT BAHARI


Majlis ini juga telah dihadiri penyelia dan pemaju masyarakat tambun bagi mengenang jasa Pn. Noorfadhilah sepanjang perkhidmatan beliau di parlimen Tambun selama 13 tahun dari tahun 2003 hinggalah 2014. Beliau juga, telah melaksanakan berbagai-bagai tugas dengan tegas dan efisian sepanjang beliau di sini.

CENDERAHATI DARI PENYELIA TAMBUN

Majlis diserikan juga dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada beliau bagi mengenang jasa dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada guru-guru Tabika parlimen Tambun.


CENDERHATI DARI PM TABIKA TAMBUN

No comments:

Post a Comment