Saturday 26 April 2014

Karnival Jom Sihat & Senamrobik Zon Jelapang

MERU PERMAI TAMBUN, 26 April – Persatuan penduduk Halaman Meru Permai serta KEMAS Zon Jelapang Perak dengan kerjasama Bank Rakyat dan beberapa Jabatan Kerajaan yang dijemput telah mengadakan program Karnival Jom Sihat & Senamrobik bagi memupuk hidup sihat di kalangan penduduk Bandar Meru Raya disamping merapatkan ukhwah sesama insan serta memberi pendidikan dan pengetahuan kepada komuniti penduduk Bandar Meru Raya.

Seramai 150 orang penduduk di sekitar Bandar Meru Raya telah memeriahkan lagi karnival ini dengan menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah dianjurkan. Karnival ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kedatangan Dato Sri Husni Hanadzlah sebagai perasmi Karnival Jom sihat ini.

Aktiviti-aktiviti yang telah disediakan bagi memeriahkan karnival adalah seperti pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak tabika Kemas parlimen Tambun, pertandingan memasak dan gubahan hantaran. Selain dari itu, Jabatan kerajaan yang terlibat juga telah mengadakan pertunjukan demonstrasi memadam api oleh Jabatan bomba, pemeriksaan kesihatan gigi dan mata oleh Jabatan Kesihatan dan pertolongan cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam. Majlis penutupan Karnival Jom Sihat telah disudahi dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.





No comments:

Post a Comment