Klebang
Restu,Klebang – Majlis penyerahan bangunan Tabika Kemas Klebang Restu yang
telah di sempurnakan oleh General Asia pacific Tentera Amerika dan Jeneral
Zulkifli dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 19 September 2015 . Majlis
juga dihadiri oleh Tuan Pengarah Kemas Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd
Nawawi.
Keistimewaan
bangunan ini adalah telah disiapkan dalam masa hanya 30 hari dan telah
dikolaborasikan oleh dua gabungan hebat angkatan tentera iaitu antara Tentera
Amerika dan juga Tentera Malaysia. Program ini diberi nama ‘Engineer Civic
Action Programme’iaitu salah satu program membina bangunan khas untuk keperluan
kanak-kanak tabika untuk menimba ilmu dan Program ini adalah yang ke 19/2015.
![]() |
PENGARAH bergambar bersama Tentera ATM & Tentera USA |
Tabika Kemas
Tambun amat berbangga kerana terpilih sebagai kawasan pembinaan bangunan khas
tabika bagi menampung kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun untuk belajar dari
peringkat awal lagi. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Angkatan Tentera
Malaysia dan Tentera Amerika diatas pembinaan bangunan tabika ini dengan
jayanya.